nuffnang ads

Monday, November 22, 2010

PEGAWAI KHAS HISHAMUDDIN HUSSEIN JATUH, AKIBAT JAMBATAN ROBOH DI SARAWAK PETANG TADI

DULU ketika calon PKR Ansari jatuh akibat jambatan roboh ketika berkempen, banyak puak Umno ketawa! Namun petang tadi, Pegawai Khas, Menteri Dalam Negeri, pula menerima nasib serupa.

Kejadian menimpa Datuk Firdaus Ismail itu berlaku kira-kira jam 4 petang di Kampung Gersik, Kuching, ketika dia dalam perjalanan bersama bosnya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein ke sebuah perkampungan Melayu.

Sebaik sahaja Hishamudin melepasi jambatan itu, Firdaus yang berada di belakangnya terjerumus ke dalam lumpur apabila jambatan kayu entah zaman nenek moyang bila dibuat, roboh tiba-tiba. Dia diselamatkan beberapa anggota Rela yang turut serta.

Sebelum itu, Hishamuddin merasmikan majlis penutup Hari Bertemu Pelanggan di Tebingan Boyan-Gersik. Namun tragedi menimpa Firdaus itu membawa tuah kepada penduduk berdekatan apabila Hishamuddin mengumumkan peruntukan RM40,000 untuk membaiki rumah dan jambatan yang roboh itu.

Inilah yang dikatakan, orang punya sakit, aku yang gembira!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10