nuffnang ads

Monday, November 15, 2010

NOH OMAR LEMBAB AGIH BAJA KE SELURUH NEGARA

BUKAN lembam, tapi lembab! Kementerian Asas Tani yang menterinya bernama Noh Omar, didakwa lembab dalam menjalankan tugasnya apabila bekalan baja kepada petani padi di seluruh negara yang sepatutnya telah diagihkan awal Oktober lalu, masih belum diterima.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sri Muda, Shuhaimi Shafie, berkata beliau dimaklumkan petani di seluruh negara masih belum menerima bekalan baja seperti sepatutnya, sehingga menjejaskan masa depan petani.

Menurutnya, bekalan baja sepatutnya diagihkan awal Oktober oleh kementerian diterajui menteri bernama Noh Omar, tetapi petani masih menanti!

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sekincan pula, Ng Suee Lim, pula mendakwa kelewatan membekalkan baja akan menyebabkan kemerosotan kesuburan padi dan sekaligus boleh menyebabkan 30 peratus pengeluaran padi terjejas.

Bila padi terjejas, bekalan beras juga akan terjejas dan berkurangan. Bila bekalan beras berkurangan, seperti biasalah, kerajaan amalkan satu penyelesaian maha bagus iaitu import! Di sinilah nampak sangat kelembapan boleh menyebabkan kerugian.

Nasihat kita daripada rakyat yang tak boleh dibohongi ialah, jangan asyik main politik! Kepentingan petani atau dalam erti kata lebih tepat kepentingan Melayu, tolonglah jaga! Kebanyakan petani negara ini Melayu, tapi bila bercakap fasal politik, cerita asyik bangga konon tolong Melayu.

Ini cerita lewat agih baja, cerita tolong Melayu ke?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10