nuffnang ads

Saturday, November 13, 2010

NAK RAMPAS AWEK ORANG TAK? BACA SINI

SEORANG lelaki patah tangan selepas dibelasah seorang lelaki lain apabila mengetahui mangsa cuba merampas teman wanitanya, dalam kejadian di sebuah restoran di Taman Keramat, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa berusia 19 tahun pada mulanya diajak berbincang lelaki terbabit yang tidak berpuas hati kerana mendakwa mangsa cuba merampas kekasihnya.

Menurut sumber polis, sebelum kejadian, mangsa minum dengan teman wanitanya di sebuah restoran sebelum didatangi lelaki terbabit bersama dua rakannya.

"Ketika itu suspek menghampiri pasangan terbabit sebelum menendang meja tempat duduk pasangan itu. Kejadian itu disaksikan beberapa pelanggan dalam restoran berkenaan menyebabkan suspek mengajak mangsa berbincang di tempat lain," katanya.

Katanya, mereka berjanji bertemu di restoran lain dan mangsa kali ini membawa beberapa rakan untuk menemaninya kerana bimbang suspek bertindak ganas.

"Suspek menyerang mangsa sebelum berlaku pergelutan, kata sumber lagi. Ketika bergelut, suspek mencapai sebatang kayu di dalam restoran berkenaan sebelum menghayunnya ke arah mangsa. Berikutan itu, mangsa terpaksa menepis hayunan kayu itu menyebabkan tangannya patah dan mangsa terus dibelasah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10