nuffnang ads

Sunday, November 21, 2010

MAL PUTRAJAYA DEMONSTRASI DI RUMAH TAHANAN KEBON BARU: MAHU BAGI PERINGATAN KEPADA ARIEL

SEORANG warganegara Malaysia yang menggelarkan dirinya Mal Putrajaya, alih-alih sudah berada di depan Rumah Tahanan Kebon Baru, Indonesia gara-gara mahu berjumpa penyanyi kumpulan Peterpan, Ariel yang ditahan di penjara itu.

Rakyat Malaysia, Mal Putrajaya (Kamal? Jamal? Akmal?) berdemo di depan Rumah Tahanan Kebon Baru, tempat Ariel ditahan semalam. Dia membawa poster tapi tak dibenarkan berjumpa Ariel....cepatnya kau sampai sana Mal!
Kata Mal, dia datang untuk memberi peringatan kepada Ariel supaya jangan mengulangi perbuatannya, iaitu melakukan hubungan seks dengan Luna Maya dan Cut Tari dan kemudian video mengenainya diedarkan merata.

Walaupun Mal tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa untuk bertemu dengan Ariel, dia sempat membentangkan posternya di perkarangan rumah tahanan itu.

Malah secara sinis Mal menyindir, kes Ariel sama seperti kes Kartika yang ditahan kerana minum arak di Cherating, Pahang dulu. Semuanya heboh tetapi akhirnya bebas.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10