nuffnang ads

Saturday, November 13, 2010

LANDASAN BERKEMBAR KERETAPI PUNCA BANJIR: KERAJAAN PUSAT BOLEH NAFIKAN, TAPI TUHAN TAK AKAN BENARKAN!

MEDIA kerajaan khususnya RTM mencerca kerajaan negeri Kedah, konon tidak membantu atau melakukan sesuatu yang positif bagi meringankan bebanan mangsa banjir di negeri itu. Kerajaan menerusi Kementerian Kerja Raya (JKR) pula menafikan Landasan Berkembar Keretapi dari Ipoh - Padang Besar menjadi punca yang menyumbang banjir kali ini dicatat sebagi paling buruk dalam sejarah negara!

Sebelum itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung tanpa berselindung, mengakui projek bernilai RM12.845 bilion itu sebagai punca utama, terutama berdasarkan pengalaman peribadi Chor yang tinggal di Alor Setar dan menjadi ahli parlimen bagi kawasan berkenaan.
 
Kini, apa lagi yang mahu didiamkan oleh kerajaan pusat. Apa lagi yang mahu dicari oleh RTM sebagai bahan bukti kukuh konon kerajaan Kedah amat buruk sekali cara pentadbiran mereka dalam menangani banjir? Kenapa tidak disiarkan secara besar-besaran cerita projek itu menjadi punca banjir?

Perlu diingat, terutama kepada wartawan RTM, bahawa pada 26 November 2008 (bukan 2010), Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan telah menyuarakan pandangannya kepada Gamuda supaya membuat pengubahsuaian pada projek berkenaan kerana ia telah dikesan menjadi penyumbang kepada banjir kilat.

Selepas genap dua tahun, apa yang dikatakan oleh Azizan ternyata benar. Banjir bukan sekadar kilat, tapi menyebabkan rakyat merana dan merempat. Itu pun selepas ditunjukkan jalan oleh Chor Chee Heung, kerajaan pusat masih berdiam diri, konon projek itu tidak ada kena mengena dengan banjir yang teruk melanda Kedah dan Perlis, tahun ini.

Untuk pengetahuan, projek Landasan Elektrik Berkembar ini telah diberikan SECARA RUNDINGAN TERUS dan bukan secara TENDER TERBUKA kepada MMC-Gamuda JV Sdnn Bhd membabitkan jarak pembinaan sejauh 329 kilometer. Ia adalah kontrak yang diberikan bagi tempoh lima tahun bermula 8 Januari 2008 hingga 7 Januari 2013.

Bagi keseluruhan projek itu, terdapat 133 kontrak kerja melibatkan kawasan di negeri Perak, 120 di Pulau Pinang, 120 di Kedah dan 27 di Perlis. Pembinaannya juga membabitkan 460 pelbagai kontrak kerja yang diagihkan kepada 1,600 kontraktor.

Persoalan siapa kenyang, siapa dapat dan siapa untung mari kita ketepikan. Kita bangkitkan persoalan siapa RUGI? Terutama apabila Kedah dan Perlis amat teruk dilanda banjir minggu lalu. Puluhan ribu terpaksa berpindah dan menumpang, manakala jutaan ringgit kerugian terpaksa dipikul rakyat. Ternakan mati, tanaman mati, rumah rosak, bangunan ranap, perniagaan terjejas dan apabila rakyat pulang ke rumah masing-masing, mereka menitiskan air mata melihat sebuah kehancuran!

Namun kerajaan masih berdiam dalam soal projek Landasan Elektrik Berkembar yang menjadi punca utama. Kerajaan pusat hanya menguar-uarkan menerusi media mereka tentang bantuan yang akan diberikan, manakala pada masa-masa tertentu media-media kerajaan pula mencari peluang untuk membelasah kerajaan negeri Kedah yang ditadbir pembangkang.

Adilkah dalam keadaan begini kerajaan Pusat berdiam dalam soal projek yang menjadi punca banjir itu semakin memburuk. Adilkah kerajaan pusat menafikan projek itu menjadi punca banjir besar sedangkan, Tuhan telah menunjukkan di depan mata bagaimana landasan itu sendiri meyekat aliran air sehingga menyebabkan beberapa kawasan yang tidak dinaiki air sebelum ini, boleh tenggelam begitu sahaja minggu lalu.

Kerajaan pusat kena bersikap jujur memohon maaf kepada mangsa banjir dan mengakui bahawa projek itu adalah punca sebenar ke atas puluhan ribu mangsa banjir khususnya di Kedah dan Perlis. Kalau mahu dilihat sebagai kerajaan yang bermaruah, mereka mesti berani mengaku bersalah dan bukan cuba menafikan isu sebenar yang sedang hangat diperkatakan kini.

Syukurlah Tuhan akhirnya membuka hati kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini apabila mengeluarkan notis berhenti kerja kepada Gamuda sebagai salah satu cara mereka menjalankan amanah agar nasib rakyat terbela dan tidak lagi terus-terusan menjadi mangsa. Notis itu sekurang-kurangnya mengajar pihak yang bertanggungjawab supaya lebih memikirkan nasib dan kebajikan rakyat.

Bagaimanapun, kenapa kerajaan pusat masih berdiam? Lihat dan bukalah mata wahai orang kampung sekelian!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10