nuffnang ads

Saturday, November 13, 2010

LAGI PEGAWAI KANAN KERAJAAN JADI BANGSAT: KALI INI PENOLONG PENGARAH JPJ DITAHAN SPRM, KUTIP LEBIH RM500,000!

SEORANG penolong pengarah JPJ di Negeri Sembilan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki memalsukan kepala surat palsu bagi mengutip derma untuk satu majlis makan malam yang tidak wujud.

Dia ditahan bersama seorang lagi pegawai JPJ dan 3 orang awam yang lain kerana melakukan perbuatan itu sejak Jun sehingga pertengahan Oktober lalu dan dikatakan telah berjaya mengutip lebih RM500,000.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Hishamuddin Hashim, memberitahu The Malaysian Insider, bahawa lima yang ditahan termasuk penolong pengarah itu direman sehingga 18 November ini. Tahniah SPRM dann tahniah The Malaysian Insider.


Kes ini mengingatkan kita kepada seorang pegawai kanan imigresen yang ditahan ISA ketika bertugas di KLIA yang telah mampu menyimpan RM9 juta di dalam akaun isterinya di Thailand! Golongan ini bukan penjenayah tetapi bangsat - penderhaka kepada bangsa. Selepas diberi peluang makan gaji dari duit rakyat, mereka menjadi golongan yang tidak boleh memegang amanah!

SPRM harus diberi pujian, tetapi jangan lupa banyak perkara di dalam JPJ yang boleh diberi perhatian. Misalnya di mana pergi kutipan buku KPP yang konon masuk ke dalam Tabung Kelab Pegawai JPJ. Adakah kutipan itu mendapat kebenaran dan keizinan daripada Perbendaharaan selama ini.

Kalau sebuah buku, mereka mengutip RM1 sahaja, dalam setahun lebih setengah juta calon mengikuti Kursus Pendidikan Pemandu (KPK) di negara ini. Banyak jumlah yang telah dikutip selepas tempoh bertahun-tahun.

Begitu juga yang menjalankan penguatkuasaan di jalan raya. Korek sampai ke lubang cacing kenapa tonto berani benar mengekori kenderaan JPJ? Macamlah undang-undang di negara kita ini tiada maruah dan harga lagi. Samseng main kejar-kejar dengan kenderaan JPJ. Kita cuba-cubalah tengok apa wayang sebenarnya?

Begitu juga hal berkaitan ujian undang-undang berkomputer. Cuba letakkan pegawai SPRM setiap hari di setiap lokasi ujian itu dilakukan. Mungkin kita boleh mengesan dan mencegah sesuatu yang selama ini berleluasa.

Ayuh Tok Solah. Nasihatkan pegawai JPJ anda supaya lebih berhemah dan tidak menjadi penderhaka kepada bangsa dan negara. Gaji anda datang daripada titik peluh rakyat. Berkhidmatlah penuh ikhlas dan amanah. Jangan jadi pengkhianat dan digelar oleh rakyat sebagai bangsat. Kepada yang bertugas penuh hemah dan ikhlas, kita ucapkan selamat bertugas.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10