nuffnang ads

Friday, November 5, 2010

LAGI NAHAS MAUT: DI BENTONG, 3 MATI, 3 CEDERA PARAH PROTON WIRA BERTEMBUNG MERCEDES

TIGA  lagi maut dalam nahas ngeri membabitkan sebuah kereta jenis Proton Wira dan Mercedes di KM3, Jalan Mempaga-Lakum, Bentong jam 10 pagi semalam.

Kejadian itu berlaku ketika kedua-dua kereta berkenaan dipercayai dipandu laju bertembung dari arah bertentangan.

Tiga yang maut ialah pemandu Wira, Mohd Zahidi Zainal, 24, dari Felda Mempaga Satu, penumpang kereta Wira, Bakri Ibrahim, 28, dari Jengka 12 dan penumpang Mercedes, Kok Cheong Aik, 66, dari Kuantan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman, mengesahkannya. Menurutnya, tiga lagi cedera parah dalam kejadian itu dan semuanya kini dirawat di Hospital Bentong.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10