nuffnang ads

Thursday, November 25, 2010

KOREA UTARA UMUM BERSEDIA LANCARKAN PERANG JIKA KOREA TERUS MEMPROVOKASI

AGENSI berita KCNA melaporkan tentera Korea Utara bersedia untuk melancarkan perang kedua dan ketiga ke atas Korea Selatan bila-bila masa jika Korea Selatan terus melakukan tindakan provokasi.

Amaran itu dipercayai ada kaitan dengan kehadiran kapal perang Amerika Syarikat USS George Washington bersama 75 pesawat dan 6,000 tentera di Laut Kuning untuk bersama Korea Selatan.

Laporan berita agensi itu juga memetik pegawai tertinggi Pyongyang tidak teragak-agak melancarkan perang lebih besar dan hebat berbanding serangan kelmarin yang membunuh 4 warga Korea Selatan, termasuk dua tentera marinnya.

Suasana di semenanjung kedua-dua negara itu kini diletakkan pada tahap kesiapsiagaan tertinggi.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10