Asap tembakan dari pasukan artileri Korea Utara jelas kelihatan ketika tentera negara itu melepaskan berpuluh tembakan meriam ke pulau Yeonpyeong, milik Korea Selatan, beberapa jam tadi. |
Lebih 50 kelongsong meriam bertaburan di pulau berkenaan yang peraiarannya di Laut Kuning menjadi perebutan dua negara sejak sekian lama.
Sebanyak 10 kediaman dan dua orang awam juga dilaporkan cedera. Asap tembakan artileri Korea Utara itu jelas dirakamkan oleh stesyen televisyen dan jurugambar akhbar.
Difahamkan, tentera Korea Selatan baru sahaja menerima arahan bersiap sedia pada tahap tertinggi ekoran tembakan artileri yag dilepaskan bertalu-talu oleh tentera Korea Utara itu.