nuffnang ads

Friday, November 26, 2010

KOREA SELATAN DAKWA 22 RAKYATNYA HANTAR MESEJ PALSU KETIKA DIBEDIL KOREA UTARA JUMAAT LALU

POLIS Korea Selatan menahan dan mendakwa 22 rakyatnya kerana menghantar pelbagai mesej palsu menerusi telefon bimbit dan internet sejurus pulau Yeonpyeong, milik negara itu di bahagian selatan dibedil tentera Korea Utara, empat hari lalu.

Kesemua mereka didakwa semalam selepas polis menapis dan mengadakan siasatan ke atas beberapa mesej palsu yang diterima kebanyakan rakyat negara itu.

Mesej palsu itu mendakwa datangnya daripada Kementerian Pertahanan atau pejabat tentera negara berkenaan yang meminta semua rakyat lelaki negara itu segera mendaftarkan diri dalam kerahan tenaga.

Korea Selatan adalah antara negara yang mewajibkan rakyat lelaki negara itu yang berumur lebih 19 tahun menyertai tentera selama dua tahun dan kemudian mereka diserapkan sebagai tentera simpanan. Tentera simpanan ini akan dikerahkan apabila negara itu diserang oleh negara lain.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10