nuffnang ads

Tuesday, November 2, 2010

KORBAN BANJIR KEDUA: WARGA EMAS JERMAN DI KEDAH DIHANYUTKAN ARUS DERAS

SEORANG lagi korban banjir. Mangsa, seorang warga emas warga Jerman dilaporkan dihanyut arus deras ketika cuba menyelamatkan diri ketika rumahnya di Kampung Kerenjis Kota Giam, Jitra, Kedah dinaiki air secara mendadak malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin, berkata Erna Fisher, 64, bersama anak dan menantunya kira-kira jam 8.30 malam semalam keluar daripada kediaman mereka untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, mereka dibawa arus deras. Namun anak dan menantu Erna berjaya menyelamatkan diri. Erna masih gagal ditemui.

Erna menjadi mangsa kedua korban banjir selepas seorang pelajar 12 tahun lemas ketika berenang di tapak bekas kolam ternakan di Kelantan semalam.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10