nuffnang ads

Saturday, November 6, 2010

KONDOM TERPAKAI DALAM PEKET BAWANG GORENG....ummppp lazatnya.

SEORANG mekanik di Singapura terkejut tidak terkira, apabila sepeket bawang goreng yang dibelinya, rupanya mengandungi hadiah komplimentari yang mempunyai nilai sentimental dan sukar dilupakan sehingga dia mati!

Peket bawang goreng yang dibelinya dari sebuah kedai serbaneka itu, turut mengandungi kondom terpakai di dalamnya!

Mekanik malang itu, yang dikenali sebagai Ho, berkata bawang goreng itu dijadikan sebagai menu tambahan makan malam keluarga mereka pada malam Sabtu lalu.

Bagaimanapun, selepas habis makan mereka mencurahkan baki bawang goreng yang dibeli itu ke dalam satu bekas dan ketika itulah Ho terpandang satu kondom terpakai berwarna ungu turut keluar dari peket berkenaan.

Dia amat marah dan bercadang mengambil tindakan. "Amat keterlaluan apabila jumpa kondom terpakai dalam peket bawang goreng. Kalau jumpa serangga, itu biasa dan saya boleh maafkan," katanya.

Bayangkan...kondom terpakai. Ada lagikah cecair sakti di dalam kondom itu?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10