nuffnang ads

Friday, November 5, 2010

KERAJAAN BELI 19,000 TERNAKAN DI SEKITAR GUNUNG MERAPI

SEBAGAI usaha merawat kesedihan penduduk di sekitar Gunung Merapi yang terpaksa melarikan diri tanpa memikirkan haiwan ternakan, kerajaan Indonesia mengumumkan bahawa semua ternakan yang masih tertinggal ketika ini akan dibeli keseluruhannya.

Arahan itu dikeluarkan oleh Presiden Susilo Bambang Yudoyhono dan hari ini Menteri Koodinator dan Kesejahteraan, Agung Laksono, mengarahkan kesemua gabenor di kawasan yang terbabit dalam petaka Gunung Merapi supaya membuat hitungan serta-merta bagi memudahkan urusan pembelian itu.

Menurut Laksono, beliau berharap data mengenai semua haiwan termasuk lembu, kambing dan kerbau yang ditinggalkan pemilik disediakan dalam tempoh dua hari. Harga akan ditetapkan kemudian, tetapi Laksono yakin langkah kerajaan itu dapat membantu mangsa.

Sehingga kini beberapa kampung telah hangus manakala ribuan ternakan seperti kerbau, ditemui mati akibat terkena debu panas.

Bangkai haiwan ternakan bertaburan di kampung berdekatan Gunung Merapi. Hari ini kerajaan Indonesia mengumumkan akan membeli semua ternakan yang masih ada di sekitar kampung di gunung berkenaan.
Pihak kerajaan menganggarkan 12, 000 ternakan masih berada di daerah Istimewa Yogyakarta dan 7,000 lagi berada di Jawa Timur.

Gunung Merapi yang melepaskan letusan paling kuat subuh tadi sehingga kini telah membunuh 100 orang dan kini lebih 100 yang cedera terutama terbakar kerana terkena debu dan lahar panas sedang dirawat di Rumah Sakit Sardjito.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10