nuffnang ads

Sunday, November 14, 2010

KENYATAAN KONON PAS LEBIH BAIK BERSAMA UMNO-BN OLEH AHMAD MASLAN, PANDANGAN BUTA SEJARAH

KENYATAAN Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, kepada The Malaysian Insider konon PAS akan lebih baik bersama UMNO-BN berbanding dengan PKR dan DAP boleh dianggap sebagai buta sejarah dan orang yang tidak melihat diri ke cermin!

Kenyataan Ahmad Maslan mengulangi ajakan agar PAS bersama Umno-BN adalah juga satu ajakan orang yang berasa diri semakin lemah.


Kenapa dikatakan buta sejarah dan tidak bercermin diri sendiri? Ahmad Maslan kena banyak-banyaklah belajar matematik dan membuat pengiraan. Pertama selepas 53 tahun memerintah Malaysia, apakah Umno telah berjaya menjadikan lebih banyak orang Melayu berjaya dan kaya?

Kedua, Ahmad Maslan baca sejarah dan cari statistik, apakah selama 53 tahun Umno telah berjaya mencapai sasaran menaikkan ekuiti ekonomi orang Melayu kepada 30 peratus seperti terkandung dalam mimpi dan angan-angan Dasar Ekonomi Baru (DEB) selama ini. Ahmad Maslan tidak tahukah hanya sekitar 13 peratus sahaja ekuiti orang Melayu tercapai. Itu yang mampu dilakukan UMNO selepas 53 tahun memerintah. (Bukan 53 hari, atau 53 bulan)

Kalau tak tercapai sesuatu cita-cita atau perjuangan kita panggil apa? Jawabnya GAGAL! Kalau telah 53 tahun GAGAL, masih ada hati nak memerintah Malaysia? Nak memajukan orang Melayu? Cerminlah diri tengok selama 53 tahun, orang Melayu merempat, bangsa asing khususnya Cina senang lenang dan kaya raya.

Perjuangan apa yang nak dibangga-banggakan ini? Sampai cakap besar ajak PAS masuk Umno? Pigira!

Ahmad Maslan dengar sini! Orang Melayu benci sangat Umno sebab Umno tak bela Melayu! Tak jadikan Melayu bangsa bermaruah di negara ini! Fikir itu sahaja sudahlah. Jangan cerita lain beb!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10