nuffnang ads

Saturday, November 13, 2010

KALAU DAH POTONG ANU NI, BOLEH TUMBUH LAGI KE?

MUSIM potong semakin hampir. Bukan potong getah, tapi potong anu budak-budak!

Dan semalam anak jantan dah mula bertanya bukan-bukan. Macam meracau pun ada.

"Kalau dah potong anu tu, bila boleh tumbuh? Bolah panjang semula tak? Kalau silap potong macam mana?" aneka jenis soalan muntah dari mulut.

Dan satu soalan lagi: "sakit tak?"

Sebelum diakhiri satu permintaan pula: "Kalau potog nanti, dapat hadiah apa?"

Aduhh..musim potong penuh dan jenuh soalan untuk dijawab. Tentang pertanyaan kalau potong boleh tumbuh semula atau panjang semula, satu pertanyaan unik, bercampur lucu. Anak jantan sekecil ini masih mahu mengambil berat soal kejantanannya. Boleh tumbuh lagi ke? Boleh panjang lagi ke?

Anak jantan, anak jantan. Jawapan yang jelas ialah selagi umur panjang, bolehlah anu tu panjang!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10