nuffnang ads

Thursday, November 4, 2010

JAGA MENYAMAR POLIS KENA CEKUP!

SEORANG pengawal keselamatan berusia 37 tahun diberkas polis kerana disyaki terbabit menyamar sebagai anggota polis dari Bukit Aman untuk memeras duit daripada beberapa pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan.

Dalam kejadian semalam, suspek pergi le sebuah tapak pembinaan di Seksyen U1, Bukit Jelutong, Shah Alam dan memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis Bukit Aman kepada seorang pekerja asing.

Dia kemudian, meminta rakan-rakan mangsa yang tidak memiliki dokumen pengenalan supaya menyerahkan RM50 seorang dan permintaan ditunaikan oleh dua rakan mangsa.

Bagaimanapun, disebabkan perasaan tamak, kira-kira jam 6 petang semalam suspek datang semula untuk mengutip wang daripada pekerja yang tidak mempunyai dokumen pengenalan. Dia akhirnya diberkas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Nopr Azam Jamaludin, mengesahkan tangkapan dan kejadian itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10