nuffnang ads

Friday, November 26, 2010

IBU MUDA DIROGOL PENYAMUN: ELAK ANAK SUNTI JADI MANGSA

SEORANG ibu yang diberi pilihan oleh dua penjenayah sama dirinya atau anak gadis suntinya berusia 12 tahun yang patut dirogol.

Akhinrya ibu berkorban untuk anak, terpaksa  membiarkan tubuhnya diratah penjenayah - pilunya perbuatan itu dilakukan penjenayah di depan mata anak gadisnya itu!

Kejadian berlaku jam 4.30 pagi kelmarin apabila dua penjenayah bertopeng memasuki rumah mangsa di Kampung Baru Subang, Petaling Jaya.

Sebaik mengejutkan mangsa dan anaknya, ibu muda berusia 34 tahun itu diikat tangannya. Ketika itu dia diberi pilihan supaya memilih sama ada dia atau anaknya yang akan dirogol. Bimbang anaknya menjadi mangsa, ibu berkenaan merelakan dirinya dirogol.

Paling celaka, ketika penjenayah terbabit merogolnya di depan anak sendiri, seorang lagi penjenayah merakam perbuatan rakannya menggunakan telefon bimbit.

Ketika kejadian, suami mangsa tiada di rumah kerana bekerja giliran malam.  Kedua-dua penjenayah melarikan diri selepas kejadian. Mereka turut melarikan barang kemas dan wang tunai sebanyak RM2,000.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Arjunaidi Mohamed, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 376 Kanun Keseksaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10