SELEPAS lebih seminggu Gunung Merapi tidur lena, subuh semalam ia tiba-tiba terbatuk! Akibatnya ratusan penduduk yang mula pulang ke rumah masing-masing selepas yakin gunung itu tidak mengganggu, bertempiaran mencari tempat selamat.
Walaupun letupan subuh semalam dikatakan tidak sebegitu kuat berbanding batuknya sebelum ini yang membunuh lebih 270 orang, namun penduduk tidak mahu menanggung risiko menunggu dan menunggu.
|
Gunung Merapi terbatuk lagi subuh semalam. |
Kini, kerajaan Indonesia masih meletakkan gunung berapi itu pada tahap awas lagi, iaitu tahap tertinggi yang menunjukkan keaktifannya.