nuffnang ads

Tuesday, November 23, 2010

GAJI PERDANA MENTERI RM22,800. BAYARAN LAIN? ELAUN ITU INI DAN SANA SINI MACAM MANA?

Menteri Jabatan Perdana Menteri memaklumkan gaji Perdana Menteri hanya RM22,800. Betullah tu, cuma kalau boleh cuba masukkan sekali peruntukan lain tentu jumlahnya jadi lain.

Kata Nazri juga, kerajaan membelanjakan lebih RM5 juta untuk bayar gaji semua menteri tahun lalu. Tak kisah jugalah. Cuma kalau sudi bayangkan pendapatan sebanyak itu adalah merupakan pendapatan setahun bagi Tan Sri Rozali Ismail, tauke Syabas dan tauke Puncak Niaga yang jaga air di Selangor!

Maknanya, setahun gaji Rozali boleh bayar gaji semua menteri di Malaysia. Hebat...kalau macam itu semua orang nak tubuh syarikat RUNDING TERUS, lepas tu jaga syarikat bekalkan air di negeri-negeri. Cepat sikit Melayu kaya. Tak kisahlah juga kalau air nanti jadi RM100,000 satu meter padu. Peduli apa rakyat! Rakyat bukan ada hati perut, pedulikan aje.

Dunia...dunia...

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10