nuffnang ads

Friday, November 19, 2010

FAUZI DAN LISDAWATI BELI RUMAH RM500,000

BERSYUKUR kita dan berbangga kita melihat betapa sabar dan gigihnya pasangan artis, Lisdawati dan Fauzi Nawawi mengumpul duit untuk beli rumah berharga RM500,000.

Antara ikon dunia seni tanah air. Lisda dan Fauzi bahagia bersama anak-anak memiliki rumah baru berharga lebih setengah juta ringgit -pix The Star
Kata Fauzi kepada MStar, mereka menunggu tiga tahun untuk mengumpul duit bagi merealisasikan impian memiliki sebuah kediaman dipanggil rumah berharga lebih setengah juta ringgit.

Kini Fauzi sibuk dengan penggambaran filem komedi Duda Berhias (Astro) dan Kecoh bendul (TV9) selain aktif bersama Lisda dalam perniagaan.

Selepas tumpang tinggal di rumah keluarga Lisda, kini pasangan itu tentulah bahagia tinggal di rumah sendiri. Apatah lagi ia adalah hasil daripada kerja kuat dan kegigihan bersama mengumpul duit sejak sekian lama.

Kepada artis lain, contohi pasangan Lisda dan Fauzi ini. Mereka antara ikon dunia seni tanah air yang boleh dijadikan ikutan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10