DUA pesakit kusta adalah antara beberapa kaki judi yang diberkas dalam satu serbuan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Bukit Aman, di belakang kuarters Pusat Rawatan Sakit Kusta, di Sungai Buloh, jam 7 malam tadi.
Serbuan diketuai oleh Superintendan Mazli Minhad itu turut merampas wang tunai lebih RM19,000 manakala seorang wanita ditahan kerana disyaki menjadi penganjur perjudian itu.
Difahamkan, kebanyakan kaki judi di 'mini kasino' itu adalah pesakit kusta dan penjual bunga di sepanjang Jalan Sungai Buloh. Kegiatan itu dikatakan berleluasa sejak tiga bulan lalu.
Kesemua yang ditahan akan didakwa mengikut Sesyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.