DUA calon SPM di Johor meninggal dunia petang semalam dan pagi ini, sebelum sempat menduduki peperiksaan itu yang bermula hari ini.
Dalam kejadian pertama pagi tadi, Hazizul Hasah, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ledang meninggal dunia apabila mengalami sesak nafas sejurus sebelum peperiksaan bermula.
Seorang lagi, Mohd Fazli Yusop, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belitong, meninggal dunia jam 4 petang semalam ketika menjalani rawatan dialisis di hospital.