nuffnang ads

Friday, November 19, 2010

DI SEBERANG PRAI UTARA SAHAJA: 5 BULAN TERAKHIR, 3 KERETA NAHAS TERBAKAR. TERBARU KELMARIN

KITA tak perlu melihat dalam skop kawasan yang lebih luas. Kita lihat di kawasan Seberang Prai Utara, di Pulau Pinang sahaja.

Di kawasan berkenaan dalam tempoh lima bulan sehingga semalam, tiga kereta yang terbabit dalam kemalangan dilaporkan hangus, membunuh tiga mangsanya.

Dalam kejadian kelmarin, seorang jurujual, Joe Wong dari Bagan Ajam rentung apabila kereta dinaikinya terlanggar pembahagi jalan. Keretanya hangus dan dia terperangkap, gagal diselamatkan. Kejadian berlaku jam 4 pagi di KM12.2, berdekatan Sungai Puyu.

Dalam kejadian sebelum itu pada 17 Oktober lalu, seorang lelaki juga rentung apabila kereta dinaiki bersama tunangnya terbakar di Jalan Bagan Lalang. Tunangnya turut terbunuh beberapa hari selepas itu kerana terbakar seluruh badan.

Kemudian pada 7 Jun lalu, sebuah keluarga seorang Naib Presiden sebuah syarikat antarabangsa terbabit dalam kemalangan. Keretanya juga terbakar hangus. Cuma nasib mereka baik berjaya menyelamatkan diri.

Demikian cerita kereta terbakar apabila terbabit nahas. Akan ada sahaja, seolah-olah tiada hentinya. Apa khabar RON95?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10