nuffnang ads

Monday, November 22, 2010

CERITA MAT ROMEO (2)

Mat Romeo tak lalu minum. Mukanya macam mengkarung digigit kucing.  Milo panas di depannya, dibiarkannya sejuk. Dua kali teguk, kerongkongnya macam berpasir. Mukanya moyok.

"Sial betul!" dia bersungut. Dua tiga kali diusap-usapnya rahang pipi sebelah kanan. Bengkak! " Tak pernah kantoi...boleh kantoi pulak!" sungutnya panjang sepanjang sesungut lipas yang disembur Ridsect.

Aku tahu dah. Dah tahu aku apa sebenarnya. Cuma yang aku tak tahu siapa yang bantai rahang pada pipi kanan Mat Romeo. Memang aku tak terkejut atau simpati. Mat Romeo memang celaka tak pernahnya mahu mendengar kata! Inilah balanya. Suwehh sebab suka cium seluar dalam perempuan!

"Laki cikgu S!" akhirnya Mat Rome cerita juga. "Dia datang dengan dua orang...teruk cepuk aku. Bini dia kena tarik dalam kereta!"

"Kat mana?"

"Depan sekolah!"

 Memang celaka betul Mat Romeo. Kalau dah buat kerja siul itu, janganlah pulak berak tengah jalan. "Memanglah laki dia nampak!"

 "Manalah aku tau!" Mat Romeo tak mahu mengalah jugak tu. "Laki dia cakap sekali lagi kalau kantoi...aku mati beb!"

Aku tergelak. "Habis macam mana? Engkau nak putuskan hubungan siul engkau dengan bini dia tak?" aku tanyakan. Dia gelengkan kepala! Celaka betul Mat Romeo!

"Tapi lepas ni kena hati-hatilah...cuma aku risau satu," akhirnya Mat Romeo macam menagih simpati.

 Aku tanyakan apa bendanya. Mat Romeo kata dalam telefon bimbit cikgu S!

 "Apa bendanya?"

 "Gambar gusti kita orang!!"

 "Gambar macam mana?" aku mengumpan nak tahu lebih.

 "Ala...gambar atas katil dalam hotel dulu tu!!" dijerkahnya aku sedikit marah. Mat Romeo nampaknya malas nak bercerita lebih.

Aku pun memberi pandangan. "Sepatutnya kau jauhkan diri engkau. Sekarang tengok apa dah jadi. Silap-silap cikgu tu teruk kena belasah dengan laki dia kat rumah!"

"Itu pun aku risau jugak!" segera Mat Romeo menjawab. Mukanya ketika itu macam muka katak terlanggar tayar basikal.

Hujung perbualan aku pun menasihatinya lagi. "Kau tinggalkan ajelah cikgu tu! Tak elok dan bahayakan engkau jugak!" aku berpesan.

Tapi Mat Romeo ini memang celaka. Nak tahu apa jawabnya?

"Memang aku nak tinggalkan dia pun sebab Z, budak bank tu kata semalam ada mak datin tengah gersang!  Tapi belum sempat, laki dia dah tibai aku" !!!!!!!!!!

 Aku pun berangkat. Tapi sebelum itu aku sempat meninggalkan kata-kata. "Kau ni memang celaka la Mat!!!"

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10