KATA Mat Romeo kereta Honda Accord itu baru semalam keluar. Kereta warna hitam metalik, bila aku tanya fasal harga, dia kata murah aje. Celaka betul!
"Meh lah beb.." dia ajak aku masuk ke dalam keretanya. Mak oi...semerbak harum, ada iras haruman Dunhill bercampur pandan! Mat Romeo menyengih, memandang aku dengan penuh harap aku akan memuji. Tapi mampuslah...lagi aku puji, lagi ekor dia naik tegak menjolok langit nanti.
Tiba-tiba aku terpandang sesuatu. Celaka betul Mat Romeo ni. Kereta baru yang belum cukup 48 jam dah ternoda.
"Kenapa?" Mat Romeo boleh pulak macam kura-kura dalam perahu. Pura-pura buat tak tahu. "Kenapa?" dia mengulang tanya. Sambil di hujung soalannya itu menyundal senyum yang aku faham apa maknanya.
"Kau ni memang celaka lah Mat!"
"Ahh...biasalah!" jawabnya selamba sambil digenggamnya seluar dalam perempuan berwarna coklat keemasan yang aku tenung berlonggok di tepi tempat duduk belakang. "Awek baru beb!" tambahnya penuh celaka.
Aku tenung muka Mat Romeo lama-lama. Kemudian aku alihkan pandang ke atas ke bawah tubuhnya yang duduk bersandar di tempat pemandu. Terasa makin keding tubuh Mat Rome ini, bisik hatiku.
"Kau tak boleh terus ikut hati Mat!" aku sarankan. "Makin lama badan engkau ni makin kecut. Hari-hari engkau bagi nafkah kat pompuan...lama-lama mampus badan engkau!" aku tambah, bercampur sikit sindiran. Tapi Mat Rome celaka ini bukannya mahu faham, sebaliknya gelak menyakitkan hati.
Kemudian dia buat satu perkara yang memang jadi tabiat dia sejak dulu. Seluar dalam entah perempuan mana yang digenggamnya itu, dicium selamba.
"Aduhhh...enaknya!" mata Mat Romeo terpejam sambil melontarkan kata-kata bangsat itu.
"Sial lah engkau Mat! Cium seluar dalam perempuan pulak! Engkau tahu tak, engkau akan dapat suweh?" geram betul aku.
Mat Romeo pun terus menjawabnya dengan gelak. Berkekeh-kekeh pulak tu. Di hujung kekehnya ada decit yang menyakitkan telinga aku.
"Beb...kalau suwehhh...aku tak dapat beb. Ini bukan suwehh...ini ada ong punya..." diciumnya lagi seluar dalam itu. Celaka betul. Betul-betul celaka.
Memang celaka betul Mat Romeo ini. Tak pernahnya berubah. Dari dulu, kini dan selamanya. "Perempuan mana punya pulak tu?" akhirnya aku terus tuju kepada soalan asal. "Bini orang jugak ke?"
Mat Romeo angguk. "Belum ada anak. Baru setahun kahwin!" katanya. "Aku ushah dah sebulan dah!" sambungnya bangga.
"Habis dia balik tak pakai seluar dalam lah?" aku tanya cara sundal bertanya.
"Kau gila beb!" dia meningkah tak setuju. "Ini dia tinggal souvernir kat aku. Tadi aku beli barulah...ganti. Gila ape suruh dia balik tak pakai underwear. Kang sesat kat tempat lain...orang lain pulak dapat!"
Baru aku tergelak. Celaka betul Mat Romeo ni. "Kerja mana?"
"Budak bank...dia tengok akaun bank aku berkepuk...tu fasal dia tak kisah!" jawabnya selamba.
"Jadi engkau rasmikan kereta baru engkau dengan dialah ni?" aku ingat aku betul, rupanya salah.
"Apa barang beb...Cikgu S dah rasmikan dulu, semalam. Keluar ajer kereta...dia yang rasmikan dengan aku. Budak bank ni...nombor dua. Baru tadi!"
Cis!!! celaka!