nuffnang ads

Friday, November 26, 2010

BLACK JANGAN JADI MACAM BUDAK-BUDAK: JANGAN SUKA BUAT LAWAK SPASTIK BODOH KETIKA DI PENTAS

BARANGKALI ramai yang perasaan dan tahu. Barangkali ramai juga yang sedang mengambil sikap tunggu dan lihat. Namun hakikatnya gelagat dan aksi Black, penyanyi yang mula mendapat nama menerusi lagu Sofea itu semakin menjadi buah mulut peminat dan penonton.

Black sering sahaja membuat lawak bodoh ketika berada di pentas. Dalam satu rancangan TV3 baru-baru ini Black konon mahu berlawak. Dia alihkan mikrofon untuk digunakan rakan-rakan artis yang lain! Bukan sekali, banyak kali.

Setiap kali kawan dipanggil untuk memberi ucapan dan mahu menggunakan mikrofon, Black akan capai mikrofon untuk disorokkan, konon atas nama berlawak! Salah cara itu Black. Kalau berlawak, buat sekali dua sudahlah. Kalau berkali-kali, orang kata bukan lawak bodoh, tapi lawak bangang.

Begitu juga dalam rancangan Jangan Tidur Lagi, tidak lama dulu. Black pun tunjuk lawak dengan cara paling bodoh. Ingatlah Black. Apabila telah menjadi artis yang mula berjaya, perangai dan kecerdikan peribadi harus dipelihara.

Begitu banyak mata memerhatikan. Kita tidak mahu nanti ada orang berkata Black artis tidak sekolah! Artis yang suka buat lawak hentak kaki, ketuk-ketuk kepala dan bila menjawab soalan macam budak spastik! Tolong Black..kamu ada masa depan dalam dunia hiburan, tapi ubah perangai jangan kebudak-budakan!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10