nuffnang ads

Thursday, November 4, 2010

BETULKAH? KETUA PUTERI UMNO DISERANG AHLI MUSLIMAT PAS. BETULKAH?

SEBELUM mempercayai dakwaan Ketua Puteri Umno Kuala Krai, Suzaini Adlina Mohd Shukri, 37, bahawa seorang ahli wanita parti PAS menyerangnya kira-kira jam 11.30 di Galas, pagi tadi, elok ditanyakan soalan ini. Betulkah?

Menurut Suzaini lagi dia diserang dari belakang menggunakan batang bendera ketika sibuk merayu undi. Kemudian bila dia berpaling, dia diserang lagi. Dia mendakwa dia melihat seorang ahli wanita PAS yang telah berumur melakukan serangan itu. Soalan lagi. Betulkah?

Alasan dia sanggup diserang tetapi tidak membalas semula kerana katanya mengikut nasihat Ketua Puteri Umno, Rosnah Rashid yang meminta semua ahli puteri mengamalkan sikap begitu. Soalan lagi. Betulkah?

Kalau saya percaya dakwaan itu bermakna, buruk sangatlah peri laku ahli-ahli PAS. Kalau saya tidak percaya dengan dakwaan itu, bermakna tentu ada yang Suzaini sembunyikan. Cermin...cermin...siapa ada cermin?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10