CAMBODIA dilanda tragedi paling dasyat awal pagi tadi apabila, 340 orang disahkan terbunuh manakala 400 yang lain cedera apabila terkena renjatan elektrik dan rempuhan ketika bersesak menghadiri pesta cahaya di ibu negara itu, Phnom Penh.
|
MAYAT MANGSA DIKUMPULKAN |
|
MENJELANG KEMATIAN |
Sebuah jambatan kecil yang menyambung laluan dari Phnom Penh ke sebuah pulau kecil untuk meraikan pesta itu dikatakan runtuh menyebabkan semua mangsa bertindih-tindih dan gagal diselamatkan. Selain terena renjatan elektrik, sebahagian mangsa lemas.
Akhbar Phnom Penh Post dipetik melaporkan Perdana Menteri, Hun Sen amat bersedih dan mengesahkan sehingga jam 2.30 pagi tadi 339 telah mati.
Siren daripada berbelas ambulans yang dikejarkan ke tempat tragedi diringi tangisan mereka yang cedera.