nuffnang ads

Friday, November 19, 2010

BANYAK IKAN KENA ELEKTRIK DI SUNGAI BARAM, SARAWAK

SUDAHLAH Sungai Baram semakin cetek airnya, masalah lain pula berlaku menimpa pelbagai jenis spesies ikan di sungai berkenaan.

Terbaru dikesan, banyak ikan di sungai itu terapung pening kerana terkena renjatan elektrik yang digunakan oleh kebanyakan warga asing yang bekerja di estet berdekatan. Masalah itu bukan sahaja menimbulkan kesusahan penduduk mencari rezeki, tetai turut menyebabkan ikan berkenaan bakal pupus.

Penduduk tempatan menunjukkan ikan Semah yang menjadi mangsa renjatan elektrik warga asing di Sungai Baram - pix: Nik Harif
Beberapa penduduk mendakwa, tangkapan menggunakan renjatan elektrik semakin kerap dilakukan kebelakangan ini, terutama ketika air sungai itu cetek akibat pengepaman air ke loji Hidroelektrik Bakun.

Antara jenis ikan yang menjadi mangsa ialah kelah, semah, tengah, kejor dan belida yang merupakan antara ikan bermutu tinggi dan sering memberi pulangan lumayan kepada penduduk tempatan yang bekerja sebagai nelayan.

Jika perbuatan warga asing ini tidak dibanteras, sudah pasti spesies hidupan air lain seperti udang galah dan BUAYA juga boleh pupus!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10