nuffnang ads

Monday, November 1, 2010

BANJIR: PENDUDUK KEDAH PERLU AMBIL LANGKAH WASPADA

PENDUDUK di Kedah perlu mengambil langkah berwaspada ekoran banjir yang sedang melanda. Setakat ini 2,016 penduduk di seluruh negeri itu telah dipindahkan membabitkan tiga kawasan utama.

Daripada jumlah itu, seramai 1,449 yang dipindahkan adalah penduduk di daerah Padang Terap. Seramai 491 orang pula dipindahkan di Kubang Pasu, manakala di Kota Setar sehingga petang tadi, seramai 70 telah dipindahkan.

Sehingga kini sahaja, 28 pusat pemindahan telah dibuka di Padang Terap bagi menampung penduduk di 28 buah kampung yang terlibat dengan banjir.

Paras air di Sungai Kuala Nerang pula dilaporkan telah melebihi paras bahaya 17.07 meter. Paras air di sungai itu kini mencecah 19.81 meter.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10