nuffnang ads

Friday, November 19, 2010

AYUH: HARIAN METRO, AKHBAR NOMBOR SATU NEGARA MENAWARKAN ANDA PELUANG UNTUK MENJADI SALAH SEORANG WARTAWAN TERHEBAT!

Jika anda muda, berani, berjiwa kental dan mempunyai naluri ingin tahu dan bersedia untuk dimarahi, diugut, digertak dan dimesrai oleh pelbagai lapisan masyarakat inilah masanya.

Harian Metro membuka permohonan kepada mereka yang layak untuk menjalani skim latihan PETS atau Pre Entry Editorial Training Scheme selama tiga bulan, sebagai pintu masuk ke dalam dunia kewartawanan.

Luahkan segala keberanian dan keistimewaan anda sebagai wartawan dan alamilah dunia kewartawanan sebenarnya. Anda akan diajar untuk memahami pelbagai skop penulisan termasuk menulis berita mahkamah, berita jenayah dan berpeluang menjadi Starsky & Hutch menerusi kebolehan anda menulis dengan gaya penyiasatan!

Peluang keemasan ini hanya untuk mereka yang berani bekerja tanpa mengira waktu atau keluar dari zon selesa. Masukilah dunia kewartawanan sebenar dengan mencuba peluang memohon memasuki skim PETS ini.

Anda akan mengenali diri anda yang sebenar apabila anda menjadi seorang wartawan selain dapat keluar dari kepompong ketakutan, berdepan orang politik, artis, penjenayah, pihak berkuasa dan pelbagai lapis masyarakat. Dunia kewartawanan di dalam Harian Metro menjanjikan anda hidangan enak-enak daripada aneka kehendak dan tahap laku manusia sebenar di sekeliling kita.

Ayuh. Mereka yang berminat perlu mengisi borang secara online di WWW.hmetro.com.my atau pos permohonan anda kepada Bahagian Latihan, Jabatan Sumber Manusia, The New Straits Times (M) Berhad, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 KUALA LUMPUR. 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 30 NOVEMBER 2010

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10