Anak Krakatau yang semakin cemburu. Disahkan semakin aktif dan diletakkan pada tahap waspada oleh kerajaan Indonesia(JP) |
Antara yang jelas semakin aktif ialah Gunung Anak Krakatau yang diperhatikan semakin kerap terbatuk, meluncurkan lahar dan gas ke udara.
Gunung ini nyata cemburu selepas melihat Gunung Merapi meletus beberapa kali sehingga mengakibatkan 40 orang terbunuh setakat ini.
Ketua Pos Pemerhati Gunung Krakatau, Anton Pambudi segera mengingatkan nelayan dan penduduk supaya lebih berhati-hati. Setakat ini gunung itu semakin aktif apabila mula mengeluarkan letusan kecil dan sederhana sehingga 700 kali sehari berbanding 90-100 kali sehari sebelum ini.
Nyata Gunung Anak Krakatau dan 20 gunung berapi lain mencemburui mahu melepaskan jiwa mereka supaya dilihat oleh manusia sebagai satu pentanda yang harus direnungkan bersama.