nuffnang ads

Thursday, November 4, 2010

ANAK CURI US$50,000: ARTIS AYU AZAHARI LAPOR POLIS

Ayu Azahari bengang anak panjang tangan
SELEPAS pelbagai cara dilakukan untuk mendidik anak kandungnya sendiri agar mengubah sikap, tetapi masih tidak berkesan, artis Indonesia, Ayu Azahari terpaksa membuat keputusan yang amat pedih dalam hidupnya.

Dia terpaksa membuat laporan polis ke atas anaknya yang berusia 15 tahun itu selepas masih bersikap panjang tangan, termasuk mencuri US$50,000 miliknya.

Menurut Ayu, dipetik dari Kompas.com, dia telah cuba mendidik anak pertama hasil perkahwinan dengan suami keduanya, Teemu Yusuf Ibrahim, supaya menjadi anak yang mendengar cakap dan tidak melakukan perbuatan jenayah, tetapi usaha itu tidak berhasil.

Anaknya didakwa mencuri wang US$50,000 itu secara berperingkat-peringkat. Kata Ayu: "Saya mahu mendidiknya. Semoga tindakan saya ini mendapat redha Allah"

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10