SEBUAH syarikat televisyen swasta dikatakan sedang meneliti penuh minat tentang kes gambar kononnya didakwa Nabil sedang bercium mulut dengan seorang artis muda. Pengurusan televisyen itu turut menghubungi Nabil dan bertanya mengenainya.
Setakat ini Nabil dikatakan masih mempertahankan bahawa gambar itu adalah superimposed, namun dia barangkali faham jika dakwaan pelbagai pihak kebelakangan ini betul, periuk nasinya mungkin terjejas. Tindakan tegas sedang menanti Nabil jika gambar itu adalah tulen.
Nabil juga difahamkan diminta menjelaskan gosip panas gambar bercium dengan segera supaya tiada gambaran buruk terus-terusan menimpa dunia seni.
Ada pihak pula berkata, Qasha amat sedih dengan gosip panas yang tersiar sejak sehari dua ini. Malah Qasha dikatakan mengalirkan air mata - tidak pasti apa puncanya. Sama ada begitu tertekan atau ada sebab lain.