nuffnang ads

Friday, October 22, 2010

WANITA WARGA EMAS BANGUN DAN BERCAKAP SEMULA SELEPAS 14 JAM DISAHKAN MATI

SEORANG wanita Perancis, berusia 60 tahun yang disahkan oleh doktor perubatan meninggal dunia di sebuah poliklinik di Bourdeaux, Isnin lalu mengejutkan banyak pihak termasuk tiga anak lelakinya apabila bangkit dan bercakap semula selepas 14 jam.

Lydia Paillard, sebaik bangun memberitahu anak-anaknya yang dia berasa seperti tertidur sepanjang 14 jam disahkan meninggal dunia.

Lydia Paillard hidup semula selepas 'mati' 14 jam.
Kejadian itu berlaku apabila Baillard pergi ke sebuah poliklinik untuk menjalani rawatan kemoterapi, tetapi selepas diberi pil dan dipasang drip, tubuhnya bertukar biru dan koma.

Anaknya, Sebastian Paillard berkata doktor kemudian membuat pemeriksaan dan mengesahkan ibunya telah meninggal dunia.

Sementara itu Ketua Poliklinik Bourdeaux Nord, Yves Noel, memberitahu kematian wanita itu disahkan oleh dua doktor yang memeriksa, termasuk seorang daripadanya mempunyai pengalaman bekerja lebih 25 tahun. (Telegraph)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10