nuffnang ads

Tuesday, October 26, 2010

WAJIB LULUS SEJARAH: KENAPA TIDAK WAJIB PENDIDIKAN ISLAM?

KALAU mahu diukur secara jujur, jujurkah kerajaan sekarang dalam melaksanakan cadangan supaya subjek sejarah diwajibkan lulus pada peringkat SPM pada tahun 2013? Kenapa tidak subjek pendidikan Islam?

Di atas necara apakah kerajaan menimbang rasional mewajibkan subjek sejarah mesti lulus sedangkan pendidikan Islam itu sendiri dilihat lebih penting diberi keutamaan berdasarkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan Islam itu menjamin kehidupan yang sentiasa gemilang.

Apakah dengan mewajibkan subjek sejarah, rakyat akan menjadi manusia berguna untuk bangsa Malaysia? Apakah jaminannya kalau rakyat  yang tahu sejarah tapi buta hatinya dengan nilai-nilai Islam?

Kita tidak meminta semua pelajar diwajibkan lulus pendidikan Islam. Kita hanya mahu sekurang-kurangnnya pelajar Islam wajib lulus mata pelajaran itu. Berdasarkan keruntuhan bangsa sekarang, bukan kerana berpunca daripada rakyat tidak tahu sejarah atau tidak mengenang sejarah, tetapi kerana rakyat tidak mengamalkan nilai-nilai Islam.

Sekurang-kurangnya dengan mewajibkan subjek pendidikan Islam lulus dalam SPM, generasi muda akan rajin membuka kitab. Apabila rajin membuka kitab, mereka akan sering berjumpa benda-benda yang murni tentang Islam yang boleh mendidik mereka secara tidak langsung menjadi manusia berguna.

Kita tidak mahu pelajar hanya tahu sejarah negara tetapi lupa sejarah dari mana arah datang dan jalan pulangnya sebagai manusia.

Atau apakah dengan mewajibkan sejarah, lebih banyak pelajar akan berpeluang menemui bab-bab yang menceritakan kononnya Umno itu adalah gah dan berjasa? Aduh...poning palo den tengok gelagat orang politik. Tak dapat dicium bunga ros, bunga tahi ayam pun nak dicium juo!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10