SERAMAI 12 orang setakat ini disahkan terbunuh, manakala lebih 40 cedera apabila sebuah bas ekspress menuju ke utara terbabas lalu melanggar penghadang jalan sebelum memasuki lorong lebuh raya menuju ke selatan.
Bas ekspres itu kemudian melanggar bahagian sisi sebuah bas milik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke arah selatan, lebuh raya sama.
Semua yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga buah hospital, Hospital Tampin, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan Hospital Melaka.