nuffnang ads

Wednesday, October 20, 2010

TERKINI!!!TUJUH LAGI MAYAT NAHAS BOT DITEMUI: JUMLAH KEMATIAN MENCECAH 13 ORANG

PASUKAN mencari dan menyelamat membabitkan hampir 50 orang berjaya menemui tujuh lagi mayat dipercayai mangsa lemas bot ekspress Liang Yu yang terbalik dalam nahas kelmarin.

Bagaimanapun, pasukan penyelamat masih belum dapat mengenalpasti identiti ketujuh-tujuh mayat berkenaan.

Antara tujuh mangsa yag baru ditemui
Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bersatu (PPB) Pandi Suhaili yang menyertai gerakan mencari memaklumkan, pasukan bomba dan penyelamat mengesahkan penemuan tujuh mayat itu.

Kini angka kematian telah mencecah 13 orang. Enam mayat lain telah ditemui pada hari pertama dan kedua serta telah dikenapasti identiti mereka.

Juragan bot Liang Yu itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan, termasuk pelbagai kesalahan seperti gagal menyedia dan memastikan penumpang memakai jaket keselamatan.

Difahamkan pihak mencari dan menyelamat percaya masih ada beberapa mangsa akan ditemui dalam tempoh terdekat.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10