ENAM sahabat terbunuh, lima di antara mereka rentung apabila kereta dinaiki terbabas lalu melanggar dua batang pokok sebelum terbakar, di kilometer 30.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, di Kampar, Perak kira-kira jam 2 pagi tadi.
Kejadian ini mengingatkan kita nahas ngeri bas ekspress yang mengorbankan 12 nyawa di Simpang Ampat, beberapa hari lalu.
Difahamkan, turut terkorban adalah sepasang kekasih manakala seorang lagi terselamat tetapi dilaporkan cedera parah selepas kereta itu merempuh dua batang pokok di tepi jalan.
Lima yang rentung mati di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.