nuffnang ads

Friday, October 15, 2010

TERKINI: SEORANG LAGI MANGSA NAHAS BAS EKSPRESS MENINGGAL DUNIA HARI INI

SEORANG LAGI mangsa kemalangan ngeri bas ekspress Delima di Kilometer 223 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Simpang Ampat, Negeri Sembilan meninggal dunia hari ini.

Sharifah Nor Asmira Syed Sallehudin, 21, pelajar jurusan bahasa di sebuah institusi pengajian tinggi di Kuala Lumpur meninggal dunia jam 12.05 pagi tadi di unit rawatan rapi, Hospital Melaka (HM) akibat kecederaan parah di kepala dalam kemalangan itu.

Ini menjadikan angka korban kemalangan jalan raya paling ngeri pada tahun ini telah meningkat kepada 13 orang. Jenazah Sharifah  dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Padang Marang, Terengganu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10