nuffnang ads

Monday, October 18, 2010

TERKINI!! 20 DIKHUATIRI TERBUNUH, DUA BOT BERLANGGAR DI SARAWAK.

Sekurang-kurangnya 20 daripada 30 penumbang bot ekspress dikhuatiri terbunuh apabila bot yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bot membawa muatan balak di Sungai Ulu Tatau, Sarawak kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Sehingga kini hanya satu mayat bayi perempuan telah ditemui dan dihantar ke Hospital Bintulu untuk dibedahsiasat. Banyak mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras.

Pasukan penyelamat difahamkan lewat tiba di tempat kejadian kerana ia berlaku di kawasan yang terpencil dan hanya ada sebuah perkampungan rumah panjang, kira-kira 40 kilometer dari situ. Sementara balai polis terdekat adalah balai polis Bintulu.

Difahamkan, Ketua Polis Bintulu, Superintendan Sulaiman Abdul Razak bersama berbelas anggota telah bergegas ke tempat kejadian.

Begitu juga Pasukan Gerakan Marin yang diketuai oleh ACP Taib Sabot, bersama pasukan bomba dan penyelamat dikatakan bertungkus-lumus ke tempat kejadian sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai tragedi itu.

Bot Ekspress terbabit yang telah tenggelam sepenuhnya dikatakan dalam perjalanan di antara Bakun dan Bintulu manakala bot tunda membawa balak pula tidak diketahui arah tujuannya.

Tragedi bot ekspress dan bot tunda ini adalah kemalangan air paling dasyat di Sarawak dan usaha mencari mayat mereka yang terkorban dijangka mengambil masa ekoran kelebaran dan kedalaman Sungai Ulu Tatau yang bersambungan dengan Sungai Kelebuk.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10