nuffnang ads

Saturday, October 23, 2010

TAK PAYAHLAH TUBUH INSTITUSI PEMIKIR. ITU BOHONG DAN KERJA BODOH.

SETIAP kali ada cadangan untuk penambahbaikan ke atas gaya dan tahap hidup orang Melayu, perkara selalu diutarakan orang Umno adalah gelembung-gelembung kata yang bombastik, ilmiah atau akademik sifatnya!

Hingga mahu memperbaiki tahap ekonomi orang Melayu dan mengurangkan kemiskinan orang Melayu pun mesti kena tubuhkan institusi pemikir! Tak payahlah Khairy Jamaludin! Kemiskinan orang Melayu tak perlukan institusi pemikir. Kemiskinan orang Melayu perlukan tindakan segera yang datang daripada keinsafan dan kesedaran hati pemimpin Melayu secara tulus dan ikhlas.


Orang Melayu tak akan hilang miskinnya kalau mahu menunggu penubuhan institusi itu. Dalam keadaan sekarang, ilmu dalam universiti campak ke longkang kalau mahu sungguh  memperbetulkan nasib orang Melayu. Nasib orang Melayu tak memerlukan kumpulan pemikir yang mengambil masa 53 tahun untuk berfikir nasib dan kemiskinan bangsanya!

Kalau nak suruh saya ajar boleh. Satu bulan cari 50 orang Melayu miskin kita tunjukkan jalan kepada mereka bagaimana mahu berniaga untuk keluar dari kemiskinan. Kemudian kita jumpa Baitulmal atau Pusat Zakat, keluarkan modal. Kita latih mereka perniagaan yang mudah-mudah, misalnya kita lantik mereka jadi ejen atau pengedar kad prabayar telefon yang tentu tak pernah rugi. Kita bagi premis, kita latih dan pantau. Lepas enam bulan kita lepaskan sambil tengok dari jauh.

Atau bila ada perhimpunan Agung Umno, kita ambil 50 orang miskin lain kita carikan modal dan barang, kita latih seminggu dua dan bagi gerai di PWTC untuk berniaga. Kemudian golongan ini kita serapkan ke gerai R&R yang begitu banyak dibagikan kepada kroni politik selama ini. InsyaAllah kita akan mampu keluarkan mereka dari kesusahan dan paling penting tak payah tunggu nak tubuh institusi pemikir yang bagi saya pembohong dan penipu semua itu!

Sepanjang lebuh raya kiri dan kanan kita buka 300 gerai atau kedai untuk orang miskin. Kerajaan kenalah fikirkan apa benda yang golongan miskin Melayu ini boleh berniaga sebab kerajaan ada pakar. Kerajaan ada Mardi, ada Mara ada pertubuhan itu ini. Gunakanlah kepakaran pegawai kerajaan itu untuk bantu orang Melayu.

Hal-hal asyik bising melalak di perhimpunan konon cadang itu ini yang bombastik dan akademik sifatnya hanya membuang air liur. Dan itulah kebodohan dan kesengalan yang Umno buat selama ini selama 53 tahun sehingga orang Melayu semakin miskin dan melarat. Sehingga sasarkan 30 peratus ekuiti hanya 13 peratus sahaja yang mampu dalam tempoh sebegituuuuuuuu lama itu. Salahnya sebab cakap tak serupa bikin. Cakap sahaja tapi tindakan segera tak ada.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10