nuffnang ads

Saturday, October 23, 2010

TAK BOLEH PAKAI PUNYA BOMOH!

DIA menawarkan khidmat untuk memohon hujan. Tujuannya murni konon untuk membantu polis. Kalau hujan turun dengan lebat, penunjuk perasaan akan membatalkan hasrat mereka.

Tak boleh pakai punya bomoh. Konon mintak hujan tapi habuk pun tak ada kata polis Indonesia. Tembak dengan meriam air dia ni lagi bagus!
Polis pun setuju lagipun tiada bayaran ditetapkan kecuali syarat penting dua kotak rokok Surya 16 batang dan sekotak mancis api.

Maka dia pun diberi peluang. Sebaik sahaja dia pulang, adalah sedikit hujan, tapi lama kelamaan hari menjadi semakin panas. Ratusan penunjuk perasaan dari dua buah universiti pun berhimpun di depan Istana Presiden, sambil ada membawa replika kepala babi!

Penunjuk perasaan semakin liar. Polis tidak mahu menggunakan kekerasan. Pada masa yang sama, mereka berharaplah hujan turun selebat-lebatnya. Seperti dijanjikan bomoh hujan sebelum itu. Tapi hampas. Seharian hari kering dan bomoh itu pula sudah pergi membawa bukan dua kotak rokok tapi hampir seguni rokok dihadiahkan polis.

Akhirnya polis terpaksa menggunakan air dari meriam sendiri! Bomoh...bomoh.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10