nuffnang ads

Wednesday, October 6, 2010

SUKAN KOMANWEL: PENGGUSTI AUSTRALIA DIBATALKAN PINGAT PERAK

GARA-gara panas hati dengan provokasi penggusti lawan, penggusti Australia kehilangan pingat perak dalam acara 96 kilogram yang berlangsung di Kompleks Indira Ghandi, di New Delhi semalam.

Hassene Fkiri dikatakan hampir sahaja memberi penampar Jepun kepada lawannya, Anil Kumar dari India yang didakwanya menunjukkan lagak seolah-olah terlalu hebat. Namun dia ditegur, sebelum kemudiannya mengangkat jarinya dan secara selamba menunjukkan isyarat lucah ke arah pengadil pertandingan.

Akibat keterlaluan, penggusti Australia itu kehilangan pingat peraknya dan pengadil rasmi mengarahkan pingat perak diberikan kepada penggusti ketiga, iaitu Kokoma Hughes dari Afrika Selatan, manakala pingat gangsa milik Eric Fuenekes dan Kanada.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10