nuffnang ads

Friday, October 22, 2010

SEORANG LAGI BAKAL PENGANTIN HILANG!

BADI berita datang lagi. Di Pokok Sena, Kedah, seorang bakal pengantin, Siti Sakinah Ismail, 25, dilaporkan hilang oleh keluarganya yang tinggal Kampung Kolam. 

Lagi bakal pengantin hilang....Siti Sakinah dijangka bernikah 20 November depan
Kes ini berlaku hanya beberapa hari media melaporkan kes Rozaliya Mat Lazim dari Bandar Baru Cheneh, hilang melarikan diri kerana enggan berkahwin dengan tunangnya.

Siti Sakinah,dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu selepas pergi ke tempat kerjanya di Jalan Pegawai, Alor Setar. Dia bekerja sebagai kerani sebuah syarikat kuari.

Menurut ibunya, Zaiton Abdul Halim, 58, ketika itu Siti memakai baju kurung warna biru dan bertudung merah serta menaiki keretanya jenis Viva, bernombor pendaftaran KCB 7249.

Siti Sakinah dijangka melangsungkan perkahwinannya pada 20 November depan dengan tunangnya yang berusia 24 tahun.

 Menurut Zaiton, anaknya itu seorang gadis yang sentiasa mendengar kata dan tidak pernah berpeleseran serta sentiasa menghormati keluarga kami dan keluarga tunangnya. Kehilangannya, kata Zaiton sudah tentu memeranjatkan.

 Keluarga kedua-dua belah pihak dilaporkan amat rapat dan mereka telah mempersiapkan segala keperluan bagi menyambut perkahwinan Siti dan tunangnya.

Mereka yang mengetahui di mana Siti berada diminta menghubungi balai polis terdekat atau 019-4783421.
(Ehsan RO/BH Kedah)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10