SEMUA sekolah di daerah Muar, Johor diarah tutup serta-merta buat sementara ekoran jerebu dan cuaca yang dikelaskan sebagai kurang sihat.
Indeks bacaan pencemaran udara di Muar meningkat 432 jam 11 pagi tadi, melebihi tahap merbahaya 400 dan penutupan itu adalah wajar.
Arahan itu dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran. Beliau berada di Muar pagi tadi memantau keadaan sambil menyerahkan 10,000 topeng penutup mulut dan hidung kepada sekolah yang terbabit.