Pembebasan Ariel pada 23 Oktober nanti akan cetus kemarahan beberapa pertubuhan Islam |
SATU lagi pertubuhan, Forum Umat Islam (FUI) akan mengadakan tunjuk perasaan membantah di Jakarta jika polis tetap dengan keputusan membebaskan penyanyi Peterpan, Ariel dari pada tuduhan terbabit dalam video seks dengan Luna Maya dan Cut Tari.
Menurut Setiausaha Agung FUI, Muhammad al-khaththath, jika pada 23 Oktober nanti Ariel bebas, dia akan disambut oleh masyarakat yang amat marah.
"FUI membantah. Ekoran kes dia, dari data kami ada 33 gadis bawah umur telah diperkosa selepas menonton filem 'Ariel' yang amat berleluasa penyebarannya selama ini," lebih kurang kata Muhammad dipetik media Indonesia.
Bantahan FUI sedikit longgar, berbanding bantahan Forum Pembela Islam (FPI) yang memberi amaran akan menangkap Ariel dan menyerahkannya sendiri ke mahkamah jika dia dibebaskan.
Polis dikatakan mahu membebaskan Ariel selepas ditahan 120 hari kerana keengganan Ariel dan Luna Maya mengaku dalam kes itu walaupun Cut Tari telah mengakuinya.