nuffnang ads

Sunday, October 24, 2010

SAH PUTUS: MOHD HELMI BEBASKAN ROZALIYA

BOHONG kalau Mohd Helmi tidak sedih. Tapi sebagai lelaki, dia telah bertindak sebagai seorang lelaki sejati. Dia pernah dituduh kononn melarikan tunang sendiri oleh keluarga bakal mentua, pernah dipandang serong oleh keluarga dan jiran di kampung, pernah dituduh tidak pandai melayan tunang dan pernah dituduh pelbagai macam keburukan lagi.



PUTUSLAH SUDAH...Rozaliya kini bahagia jalani hidup sendiri
Namun setiap kali terhina, dia tidak pernah menentang atau membentak. Walau jauh dalam hatinya kecewa dengan setiap fitnah yang dilempar, Mohd Helmi memohon agar dirinya terus sentiasa menerima ujian ini dengan penuh sabar.

Bagaimanapun, apabila keluarga Rozaliya sendiri membuat keputusan agar keluarganya datang bagi membincangkan pemutusan pertunangan mereka berdua, Mohd Helmi nampak sangat yang dirinya tidak lagi diperlukan.

Maka atas nama lelaki yang benar-benar sejati, dia dan keluarganya memenuhi kehendak Rozaliya agar pertunangan mereka diputuskan segera. Dan semalam tepat jam 3 petang keluarga Mohd Helmi tiba di Kampung Baru Cheneh memenuhi impian Rozaliya.

Bapa Mohd Helmi, Mohd Noor, Juah, 53, berkata mereka datang bagi berbincang secara baik selepas terbaca keinginan keluarga Rozaliya di dalam akhbar yang berkata Rozaliya mahu memutuskan pertunangannya dengan Helmi.

Katanya, mereka anggap semua ini sudah tiada jodoh dan ia amat baik selepas Mohd Helmi terhina dengan dakwaan konon dia melarikan tunang sendiri.

Ibunya, Mariani Hussin, pula berharap Rozaliya akan kembali tenang selepas putusnya pertunangan ini. Keluarga Rozlaiya menjelaskan RM3,000 sebahagian daripada hantaran yang telah diberikan sebelum ini.

Kata Mohd Helmi: "Jauh di hati saya masih menyayanginya, tapi apakan daya kami harus berpisah kerana itu yang dipintanya"

Kita akan nampak kebaikan dan keburukan seseorang selepas sesuatu itu berlaku.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10