Menurut laporan The Borneo Post, remaja itu pada mulanya dikatakan mabuk dan meracau sekembalinya ke rumah pada awal pagi. Dia merosakkan beberapa peralatan di dalam rumah keluarganya, menyebabkan bapanya meminta bantuan beberapa penduduk untuk mententeramkannya.
!5 penduduk dan jirannya segera membantu dan berusaha untuk memegang dan memujuknya namun remaja itu tiba-tiba menjadi semakin agresif. Dia menendang dan menumbuk penduduk yang datang, menyebabkan sebahagian besar cedera di muka dan bahagian lain badan.
Walaupun ramai yang cedera dibelasah remaja itu, penduduk tetap berusaha dan selepas hampir sejam mereka akhirnya berjaya memegang dan menahan remaja itu sebelum dimaklumkan kepada pihak polis mengenai tindakannya yang mengamuk dan membahayakan keselamatan orang lain.
Polis mengusung remaja yang mengamuk dan membelasah 15 penduduk di Kampung Bintawa (Gambar ehsan The Borneo Post) |