nuffnang ads

Monday, October 25, 2010

PENYOKONG KELANTAN SILA DAPATKAN TIKET FINAL PIALA MALAYSIA PETANG ESOK

PENYOKONG pasukan bola sepak Kelantan boleh mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil pada 30 Oktober depan, mulai jam 3 petang esok.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata tiket berkenaan akan dijual di lapan kaunter Stadium Sultan Mohamad ke IV di Kota Bharu dengan harga minimum RM30 berserta bendera dan cenderamata.

Jualan itu bertujuan memastikan penyokong Kelantan dapat bertolak awal dan memudahkan perjalanan mereka bagi menonton perlawanan paling klasik dan asyik di antara dua gergasi bola sepak negara, Kelantan menentang Negeri Sembilan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10